Leo: A pet appreciation post
Kisah pagi tadi pukul 1, sedang aku lena diulit mimpi indah , kedengaran bunyi aneh 'tsk, tsk ,tsk ' yang memecah keheningan malam membuatku bangun terduduk.
Satu sosok lembaga hitam kecil gelisah ber pusing-pusing dalam bulatan. Setelah aku amati , rupanya makhluk itu adalah seekor kupu-kupu yg telah hancur sayapnya.
Kasihan. Di hujung nyawa.
Aku kaget. Siapa atau apa yg telah menyebabkan sayap kupu-kupu ini patah.
Aku memerhati segenap ruang bilik kecil ku mencari si pembunuh kupu-kupu.
Mataku terhenti pada bonjolan bawah selimut putih empukku tergeletak elok di hadapanku.
Hatiku berdegup kencang, rasa takut mula menguasai segenap diri.
Tapi aku cuba memberanikan diri, aku tekad melawan rasa takut lantas aku mengangkat selimut itu.
Ah! Aku tergamam! Sepasang mata tajam berwarna kuning sedang merenung ku tajam. Aku terjerit kecil. Badanku pegun. Kaku. Aku gugup dengan ketajaman mata yang menikam.
Dalam kekagetan, mataku semoat menangkap pergerakan makhluk bermata tajam itu menyerang kupu-kupu malang yang cuba untuk terbang kembali menyelamatkan diri.
Kejam. Sadis. Dan lebih menyedihkan, makhluk tidak berperikemanusiaan itu adalah Leo.
"Leo! Keluar!"
Aku membuka pintu bilikku seluas-luasnya, memandang marah ke arah Leo yang berani sekali mengacau tidurku yang lena.
Leo seperti faham , tergesa-gesa berlari anak keluar sambil mengangkat kepalanya ke arahku, seolah-olah mengejek dan mengusik kemarahanku.
Kupu2 malang itu? Ku lihat ia terletak kemas di atas bantal ku. Aku menghembuskan nafas panjang dan hampir melepaskan perkataan sumpah seranah.
Dalam keluarga, aku memang terkenal sebagai penakut nombor satu kepada segala makhluk-makhluk kecil lebih-lebih lagi yang terbang sewenang-wenangnya.
Lekas aku mencari penyapu untuk mengeluarkan kupu-kupu yang menggelikan itu. Aku rebahkan badan sambil mengeluh berat.
Dengan beralaskan bantal baru , ku harap agar dapat kembali ke dalam mimpi yg indah tadi.
Kisah pagi tadi pukul 9 pagi, sedang aku melayan jiwa terseksa menyiapkan tugasan subjek matematik, Leo datang berlari ke arah ku dan berhenti betul-betul di hadapan mukaku yg berkerut-kerut mengira cos sin tan.
"Apa, leo. Sibuk je la"
Aku mengangkat muka ke arah Leo.
Baru aku sedar Leo sedang menggonggong seekor burung pipit dalam mulutnya. Aku terjerit kecil dan terlompat berdiri.
Ya tuhanku.
Leo seperti terhibur melihat reaksi ku, meletakkan burung yg masih hidup itu di atas kertas-kertas tugasan matematik yang berselerak di atas lantai. Mataku menikam tepat ke wajah Leo.
Abah!! Leo tangkap burunggg!!
Abah bergegas ke bilikku. Leo terkejut. Mulutnya terbuka. Dan tanpa membuang masa, burung tadi terus melepaskan diri terbang ke arah tingkap yang terbuka.
Leo memandangku dengan kecewa. Aku menggeleng kepala.
Leo protes. Dia terus melompat ke arah tingkap dgn niat untuk menangkap burung malang tadi. Gagal.
Leo duduk di tepi tingkap merenung jauh. Mungkin memikirkan dirinya yg tewas terhadap kelicikan burung yang hampir sahaja menjadi barang permainan baru dia hari ini.
Burung kecil itu mungkin hadiah daripadanya yang ingin meminta maaf kerana mengganggu tidurku pagi tadi dan menakutkanku.
Leo, kucingku yang unpredictable. Ramai yang keliru menganggap Leo seekor kuc
ing jantan disebabkan badannya yang sado dan tegap itu.
Pernah sekali waktu mamaku membawa Leo ke veterinar. Ada seorang makcik bertanya
"Ni jate ke tino?"
Kami tergelak.
Sungguh berbeza dgn ibunya yang penuh sifat lembut dan kemanjaan. Nama asal diberi adalah Tommy bukan Leo . Aku yang melihat dirinya seperti lembik dan lemah gemalai berbanding abg dan kakak-kakaknya terfikir untuk menukar namanya. Leo. Kuat dan independent. keputusan yang ku buat itu tepat. Leo membesar menjadi kucing yg berani dan gagah bak serikandi.
Doaku agar Leo dipanjangkan umur, dapat aku menceritakan kisah adventurenya sambil leo bermain-main bersama anak-anakku.
#alyawrites
#itried
Comments
Post a Comment